Thursday, August 3, 2017

Kisah Benar – Balasan Kerana Hina Hukum Allah



Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Assalammu’alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah, Baca dan hayati sepenuhnya cerita di bawah ini yang benar-benar berlaku di BUMI ISLAM sendiri iaitu Iskandariah, Mesir. Moga kisah dibawah ini cukup menyayat hati anda sehingga menyedarkan anda dari terus leka dengan permainan dunia yang melalaikan.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan.


Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.

Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

LHDN keluar waran tangkap terhadap Nelydia Senrose




KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengeluarkan waran tangkap terhadap artis Nelydia Senrose atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, selepas tidak menghadirkan diri bagi prosiding kes gagal mengemukakan cukai pendapatan. Pelakon berusia 23 tahun itu menghadapi lima pertuduhan kerana gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 78(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mengkehendaki Nelydia mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) bagi lima tahun taksiran. LHDN memaklumkan, Nelydia gagal mengemukakan borang berkenaan bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013.





"Artis ini juga turut menghadapi satu lagi tuduhan lain iaitu gagal mematuhi notis di bawah Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967, bagi mengemukakan maklumat secara lisan kepada LHDN. "Kegagalan mematuhi notis yang dikeluarkan adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 120(1)(a) akta yang sama, di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM200 dan tidak lebih daripada RM20,000 atau boleh dihukum penjara untuk satu tempoh tidak lebih dari 6 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Pada 11 April lalu, pihak LHDN sudah menyerahkan saman berkenaan kepada artis terbabit yang mengarahkannya untuk menghadiri sesi sebutan kes yang bertarikh 12 April lalu di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, namun dia ataupun wakilnya gagal menghadirkan diri semasa sebutan kes berlangsung.

Berikutan itu, peguam LHDN, Nurulsheeda Mohd Yahaya, memohon satu perintah waran tangkap dikeluarkan kepada tertuduh sebelum dibenarkan oleh Majistret Sarulatha Paramavathar, yang menetapkan 24 Mei ini sebagai tarikh sebutan baharu.

Tuesday, August 1, 2017

Misteri Penjara Pudu

Potret yang dilukis oleh banduan dibilik terakhir penjara pudu

Seorang bekas penghuni penjara pudu yang hanya mahu dikenali sebagai Nasyitah menceritakan kisah seram yang pernah didengarinya di penjara itu iaitu tentang potret misteri.

"Ia berkisar tentang seorang banduan akhir yang sedang menunggu hukuman gantung sampai mati"

"Dia seorang banduan yang pandai melukis. Dia melukis potretnya sendiri di dalam selnya sebelum menunggu hukuman dijatuhkan. Warden memberitahu, lampu dibilik sel itu akan terpadam jika dihidupkan dan potret itu akan nampak bercahaya seolah-olah hidup dan potret itu akan menangis apabila hari pengantunggan seseorang banduan itu semakin hampir.

Sub Inspektor Sulaiman Chu Ahmad



"Jika kami menghalang jalan, kami ditendang atau ditumbuk dan ketika meronda pula, kami disakat dengan bayangan lembaga hitam yang merenung tajam, bayangan kanak-kanak berlari dalam kawasan penjara selain kelibat perempuan cantik yang berjalan sendirian di tengah-tengah lorong penjara, malah banduan yang terlibat dalam jenayah ganas juga turut terdiam apabila melihat kelibat lelaki dengan muka mengerikan itu.

Pensyarah fotografi, Khairul Azril Ismail 

"Bilik itu kosong, kecil sahaja. Saya melihat imej aneh yang sukar untuk dijelaskan. Saya dapat merakam satu garisan putih yang panjang dan melengkung.


Mendakwa melihat bebola api terbang di dalam kawasan penjara sebelum lenyap sendiri serta sebuah lori yang diletakkan dalam kawasan simpanan kenderaan penjara tiba-tiba bergerak sendiri

Sunday, July 30, 2017



Boston-Katherine Rusell, isteri dari salah seorang suspek pengbom marathon Boston Tamerlan Tsarnaev merasa sangat terpukul dan menangis terus menerus. 


Hal ini disampaikan oleh Amato DeLuca, pengacaranya. FBI ingin berbicara dengan Russell tentang suaminya tapi untuk sekarang FBI hanya boleh bercakap dengan peguamnya. 


"Dia tidak tahu apa-apa saat ini," kata DeLuca menjawab pertanyaan seputar bom marathon Boston. Russell yang berusia 24 tahun mengetahui bahawa ayah dari anaknya yang berusia 2 tahun itu tewas tertembak melalui berita. 

"Seluruh keluarganya berantakan. Mereka sangat terpukul dan marah. Seluruh kehidupannya berubah. Mereka marah kerana apa yang berlaku, orang-orang yang terluka dan terbunuh. Ini hal yang sangat 
menyedihkan, "kata DeLuca.

Tsarnaev dan Russel berkahwin pada 21 Jun 2010 menurut catatan perkahwinan di Dewan Bandar Cambridge. 


Russell berhenti sekolah ketika dia hamil. Menurut teman-temannya, dia menjauh dari teman-temannya dan memutuskan hubungan dengan ahli keluarganya. 

Russell lahir dan dibesarkan secara Kristian tapi dia berpindah agama menjadi muslim setelah berkahwin denganTsarnaev.

 Dia muslim yang taat dan memakai tudung, kata pengacaranya. Russell tinggal dengan orang tuanya di North Kingstown, Rhode Island, terpisah dari suaminya. Puteri mereka tinggal dengan suaminya kerana Russel harus bekerja 7 hari dalam seminggu. 

Russel sendiri akan mengeluarkan kenyataan awam segera melalui peguamnya . Tapi, sebelumnya pada Jumat (19/4), keluarga Russell telah mengeluarkan kenyataan selepas Tsarnaev mati ditembak.

 "Anak kami telah kehilangan suaminya hari ini, ayah dari anaknya, Kami tidak dapat memahami bagaimana tragedi ini terjadi.

 Setelah kejadian pada hari tersebut, kami tahu kami tidak pernah benar-benar mengenal Tamerlan Tsarnaev. Hati kami terluka kerana peristiwa yang telah dia timbulkan. Mohon hormati privasi kami dalam masa sukar ini, "kata kenyataan itu

Tuesday, July 25, 2017

Adakah Fazura Sedia Berkahwin Dengan Tengku Mahkota Johor?


mail+mengkarung

BERTEMU bintang Gol dan Gincu ini di majlis pelancaran sebagai duta terbaru Colgate adalah satu kesempatan untuk mencungkil rahsia hatinya yang sering dipendam.
Lebih-lebih lagi model jelita ini mengakui tidak suka berkongsi kisah peribadinya dengan umum.

Namun, apabila diaju pertanyaan, benarkah dia sudah berkahwin secara diam-diam, lantas empunya diri tersenyum dan tergelak.

Jelas pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura ini, sememangnya sudah berniat untuk mengakhiri zaman solo apabila usianya mencecah 30 tahun.

"Ia bukan bermakna saya sudah berkahwin tetapi memang saya berazam untuk kahwin ketika berumur 30 tahun dan tahun ini genaplah angka tersebut," katanya.

Pun begitu, kata Fazura, dia berharap ianya menjadi kenyataan dan peminat juga mendoakan impiannya itu tercapai.

"Doakan yang terbaik untuk saya," kata pelakon filem Pisau Cukur ini.

Ditanya adakah dia akan terus aktif sekiranya sudah memegang status isteri, kata Fazura, dia harus mengotakan janji yang dibuat kepada ibunya sebelum ini iaitu akan meninggalkan dunia lakonan jika berkahwin nanti.

"Saya sudah berjanji dengan ibu akan berhenti berlakon jika berkahwin. Bagi saya inilah pengorbanan seorang isteri kepada suami," katanya.

Dalam pada itu jelas Fazura, sekiranya bakal suaminya seorang pelakon, lelaki itu juga perlu berhenti daripada bidang tersebut.

"Kami sama-sama perlu fokus kepada rumah tangga dan saya juga percaya bahawa ini adalah salah satu cara saya hormati dia," katanya yang tetap berhenti berlakon meskipun bakal suaminya itu ahli perniagaan atau sesiapa sahaja.

#Desas-desus mengatakan mereka sudah lama bersama....

Apa Perasaan Anda, Melihat Apa Yang Gorila Lakukan Pada Budak Ini?


Assalamualaikum w.b.t

Saya terbaca satu kejadian yang pernah berlaku pada 1996 di sebuah zoo tertutup di Brookfield, Illionis.  


Kejadian gempar waktu itu, bila seorang budak lelaki berusia 3 tahun terjatuh dari ketinggian hampir 5 kaki. Budak lelaki itu di percayai pengsan setelah memanjat pagar penghadang untuk melihat sekumpulan Gorila di zoo berkenaan.




Budak lelaki itu terjatuh ke dalam kawasan habitat Gorila yang besar dan ganas menyebabkan sekumpulan Gorila mula bertindak kecoh.


Ibu bapa budak lelaki itu, termasuklah pelawat-pelawat zoo tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menjerit cemas dari atas melihat budak lelaki itu di kerumuni sekumpulan haiwan.


Menariknya, seekor gorila betina yang di sahkan bernama Binti Jua menghampiri budak itu. Lalu membawa ke suatu sudut menjauhi gorila-gorila yang lain.



Korang boleh lihat video pendek kat bawah bagaimana. Binti sebenarnya menyelamatkan budak lelaki yang pengsan itu dari di ganggu. Binti siap mengaum marah lagi bila ada gorila-gorila lain yang cuba mendekati.

Gorilla saved the kid

Ia digambarkan seolah-olah sama seperti  sedang menjaga anaknya yang juga baru di lahirkan, Koola.


Akhirnya budak itu dapat di keluarkan oleh pekerja zoo dan di tahan di wad selama 4 hari. 

"Orang yang membuang anak di sifatkan sebagai sebagai haiwan"
*perumpamaan yang salah*


Nampaknya kena di gantikan perumpamaan yang lain pulak . Sedangkan haiwan liar macam gorila pun terserlah sifat penyayangnya.



Kalau dah bukan sifat manusia namanya...
Bukan jugak sifat haiwan...


Sifat apa lagi yang sesuai?



#Setiap Yang Bernyawa Itu Berhak Untuk Hidup



Wassalam

TANDA-TANDA ORANG MEMBELA HANTU RAYA - AWAS

Gambar Sekadar Hiasan
Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.


Antara tanda-tandnya ialah :
1. Takut bertentang mata bila bercakap
2. Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
3. Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
4. Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
5. Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat
6. Bila keluar rumah tidak akan beritahu kepada ahli keluarga terutama isteri
7. Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
8. Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
9. Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.
10. Kerap bersetubuh.

Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu.

(sumber : mingguan warta perdana/jalanakhirat.wordpress.com/)

p/s -  Tujuan orang membela hantu raya, toyol, dan yang sewaktu dengannya adalah untuk meminta pertologan dari hantu aka Jin aka syaitan ini ( hukumnya haram, syirik dan berdosa besar) untuk mencuri duit (kaya), menyihir orang, melindung diri, kebal, kuat, cantik, pelaris, pengasih dll. Semua pertolongan jin ini bukan percuma, jin akan menuntut balasan kepada tuannya, apabila tuannya mati perjanjian syaitan tersebut ialah ianya penjaganya/tuan diwarisi kepada anak cucu dia. Inilah yang dinamakan saka. Saka inilah yang mendatangkan huru hara. Suami isteri bercerai, cepat naik angin, mengalami sakit misteri, dan kadang-kadang menjadi gila.

Walauapa hantu yang diaorang (orang2 yang menyimpang) guna kita sebagai manusia tak perlu takut. Cuma kena berhati-hati dan tahu cara nak mengatasinya. Kita boleh menakutkan hantu ni. Erti kata lain hantu yang takut kita. Amalan untuk menakutkan hantu ialah membaca ayatul  kursi, kalau tak hafal baca surah al Ikhlas, al Falak dan an Nas. Bacalah pagi dan petang. Kalau rumah berhantu atau orang kena rasuk bacakan ruqyah. Kalau susah baca pasangkan kat radio/cd perdengarkan rudyah kat mana hantu tu kacau. Baca/dengarkan bacaan cd kat air putih dan diberi minum orang yang kena rasuk, atau yang ada saka tadi. InsyaAllah hantu/jin itu lari dan kalau degil ia akan mati dengan izin Allah. 

 Bacaan ruqyah :

 

Kedua, Hantu aka jin syaitan suka menyakat, mengacau, merasuk orang yang kurang membaca Quran. Maksudnya orang yang tak sembahyang, tak baca quran memang lah menjadi kesukaan jin setan dan iblis ni. Dari itu, banyak2lah kita membaca ayat quran kerana jin setan hantu merasa panas apabila mendengar ayat-ayat Allah. Kepada Allah jua kita berlindung dari kejahatan jin syaitan dan manusia. WaAllahu'alam.